Kelas Asas Komputer (Basic Word & Excel)
8 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7 Januari 2017 (Sabtu) , Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah menjalankan Kelas ICT untuk masyarakat setempat. Aktiviti ini dijalankan di Bilik Latihan PI PPR Taman Dahlia. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dalam menggunakan aplikasi komputer iaitu Microsoft Word dan Microsoft Excel.
Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang juga telah dihadiri seramai 14 orang peserta. Para peserta diajar menggunakan aplikasi asas tentang Microsoft Word dan Microsoft Excel. Setelah itu, para peserta terus mengaplikasikan teori yang telah diajar dengan menghasilkan jadual matapelajaran bagi kelas masing-masing dengan menggunakan aplikasi yang telah diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: