Soft Skill (Presentation)
24 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2017 (Isnin), aktiviti soft skill diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada dalam diri para peserta.
Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang juga telah dihadiri seramai 14 orang peserta. Para peserta yang telah didedahkan dengan cara pembentangan yang betul. Setelah itu, para peserta yang telah menyediakan slide tentang diri masing-masing diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan dengan cara masing-masing bagi memperkenalkan diri mereka. Aktiviti ini telah memberi keyakinan kepada para peserta untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: