Kelas Microsoft Power Point #1
08 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Office Power Point #1 ini telah dijalankan pada 7 April 2017 iaitu pada hari Jumaat. Kelas ini dilaksanakan di Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang penggunaan aplikasi Power Point.
Program ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang yang telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Para peserta diajar menggunakan Power Point mengikut peringkat. Pada kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan fungsi yang terdapat di Home dan Font. Setelah itu, para peserta diberi masa selama 1 jam untuk menyelesaikan tugasan dengan membuat pembentangan melalui Power Point iaitu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Pusat Internet. Pada 1 jam yang terakhir, para peserta dikehendaki membentangkan jawapan masing-masing dengan softskill yang ada. Kelas ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: