Digital Math (E-Learning)
13 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniDigital Math ini telah dijalankan pada 12 Mac 2017 iaitu pada hari Ahad. Aktiviti ini di jalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang aplikasi-aplikasi atas talian untuk dijadikan latihan dalam pembelajaran. Kali ini, para peserta diberi satu aplikasi dalam pembelajaran matematik atas talian.
Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang juga telah dihadiri seramai 16 orang peserta. Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi matematik atas talian. Setelah itu, para peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Moga aktiviti ini membuka minat para peserta untuk lebih berusaha dalam pembelajaran akademik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: