Kelas Asas Komputer (Microsoft Office Excel)
07 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Komputer (Microsoft Office Excel), ini telah dijalankan pada 6 Mac 2017 iaitu pada hari Isnin. Kelas ini dilaksanakan di Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta kepada aplikasi komputer iaitu Microsoft Office Excel dan fungsi pemakaian aplikasi tersebut.
Program ini berlangsung selama 1 jam bermula 3.00 petang sehingga 4.00 petang yang telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Para peserta diajar menggunakan aplikasi asas tentang Microsoft Excel. Para peserta terus mengaplikasikan teori yang telah diajar dengan membuat latihan untuk tujuan kerja kursus masing-masing. Kelas ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: