Kelas Asas Komputer (Microsoft Office Excel) Bahagian I
12 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Komputer (Microsoft Office Excel) Bahagian I, ini telah dijalankan pada 11 Februari 2017 iaitu pada hari Sabtu. Kelas ini dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Pasir Pandak. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta kepada aplikasi komputer iaitu Microsoft Office Excel dan fungsi pemakaian aplikasi tersebut.
Program ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.00 petang sehingga 5.00 petang yang juga telah dihadiri seramai 10 orang peserta. Para peserta diajar menggunakan aplikasi asas tentang Microsoft Excel. Para peserta terus mengaplikasikan teori yang telah diajar dengan melakukan latihan yang diberikan untuk diperbentangkan ke sesi seterusnya. Kelas ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: