E-DIY (Tutorial dari YouTube & UptoTen)
07 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2017 (Isnin), Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan satu program E-DIY bersama para pengunjung yang hadir ke PI PPR Taman Dahlia. Aktiviti ini dijalankan di PI PPR Taman Dahlia. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kebaikan melayari internet serta meningkatkan lagi daya kekreativiti dalam diri para peserta.
Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 4.00 petang sehingga 6.00 petang yang juga telah dihadiri seramai 20 orang peserta. Para peserta pada mulanya didedahkan dengan tayangan video yang menunjukkan cara mudah untuk membuat origami. Setelah itu, para peserta terus mengaplikasikan teori yang telah ditunjukkan kepada mereka. Para peserta masing-masing membuat origami untuk simpanan mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: