Program Advokasi di Technology College Sarawak, Kuching
29 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2017 (Jumaat) PI PPR Taman Dahlia bekerjasama dengan PI PPR Taman Malihah dan PI Pasir Pandak mengadakan Program KDB di Technology College Sarawak, Kuching. Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan & fungsi Pusat Internet kepada pelajar sekolah. Selain itu, ia menerangkan mengenai keburukan dan kebaikan penggunaan internet, media sosial dan impaknya kepada golongan belia.
Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam bermula 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang disertai oleh 48 orang pelajar termasuk 2 orang guru. Kebaikan yang para peserta ini akan perolehi adalah mereka akan lebih berhati-hati semasa melayari internet terutamanya di media social, malah para peserta akan dapat meningkatkan lagi kemahiran kendiri dalam diri mereka. Program tamat pada jam 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: