Program Advokasi Teknik Mencegah Kebakaran Serta Cara Penggunaan Alat Pemadam Api Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Petrajaya

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 22 Oktober 2022 - Program advokasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Petrajaya ini adalah anjuran bersama PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Bt Gong dan PEDi PPR Taman Malihah. Ianya melibatkan beberapa orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Kg. Pasir Pandak dan Kg. Pasir Panjang. Program tersebut dilakukan di Dewan Masyarakat Kg. Pasir Pandak. Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti Kg. Pasir Pandak dan Kg. Pasir Panjang khasnya mengenai cara mencegah kebakaran dengan pantas serta cekap.

Selain itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bahagian Petrajaya turut berkongsi ilmu mengenai teknik penggunaan alat pemadam api dengan betul. Antara pengisian lain yang turut dimuatkan dalam program ini adalah informasi mengenai punca-punca kebakaran yang berlaku dan juga sesi soal jawab bersama peserta. Berlangsung juga demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan cara memadam api jika berlaku kebakaran yang dilakukan di kawasan lapang berhadapan dengan Dewan Masyarakat Kg. Pasir Pandak. Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan atau ilmu mengenai cara mencegah kebakaran dengan cepat khasnya di kawasan kampung yang rata-ratanya terletak sangat berdekatan antara satu sama lain dan juga mempunyai kemahiran asas atau teknik menggunakan alat pemadam api yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali