Kursus Keusahawanan Digital Siri/4

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

23 Mac 2019, Sabtu - Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan Kursus Keusahawanan Digital dengan kerjasama Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Taman Malihah sebagai tenaga pengajar. Seramai 14 peserta dari Taman Mesra Bako hadir dan mengikuti Kursus Keusahawanan Digital yang diadakan di Pusat Internet Kampung Bako Lot selama 9 jam bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Kursus ini anjuran Pusat Khidmat DUN N.05 Demak Laut dan Pusat Internet Kampung Bako Lot dengan mendapat sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni. Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua peserta dari Taman Mesra Bako dan maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak. Para peserta diingatkan supaya menggunakan peluang kemahiran dan pengetahuan Kursus 'Online Marketing' dan Asas Keusahawanan ini dengan sebaik-baiknya untuk direalisasikan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali